Tuesday, October 12, 2010

ikhtiar hidup

5/10/2010- ikhtiar hidup-
minggu ni, ko-rekreasi menjalankan aktiviti ikhtiar hidup di hutan. salah satu daripadanya ialah memasak. setiap kumpulan perlu menyediakan satu menu sarapan yang boleh diaplikasikan didalam hutan. antara menu yang dimasak oleh setiap kumpulan ialah, roti sardin, telur dalam bawang, meggie piza, bubur, dan roti telur. kumpulan saya menyediakan telur bawng dan roti telur. telur dimasak didalam bawang dan bawang tersebut diletakkan diatas api arang.

ni lah ahli kumpulan saya....




ikhtiar hidup tidak semestinya hanya masakan tetapi ikhtiar hidup ialah survival didalam hutan.survival ialah cara untuk meneruskan kelangsungan hidup tanpa kemudahan yang sedia ada. kemudahan tersebut perlu di cari dan menggunakan akal fikiran yang kreatif dan inovatif. antaranya ialah, keselamatan, keperluan msakan, keperluan tido dan lain-lain. di dalam hutan , kita boleh menggunakan alam sekeliling hutan dengan cara yang betul untuk menyediakan kemudahan. daun nipah boleh digunakan sebagai atap dan menggunakan kayu atau daun-daun yang tidak berbulu dan beracun sebagia alas tidur. keselamatan amat penting apabila berada di hutan. sekiranya ternampak haiwan buas seperti harimau, individu tersebut perlu menyelamatkn diri dengan sebarang besi. air adalah asas penting untuk hidup.sumber air boleh didapati disungai, pokok2, lumut dan sebaginya.

Saturday, October 9, 2010

IMpOrTanT!!!!!!!!!!!

minggu ni, ko-rekreasi akan belajar cara menyelamatkan diri dan pertolongan cemas. En miz akan memberi penerangan serta praktika mengenai pertolongan cemas. Terlebih dahulu, kami akan belajar car mengikat simpulan buku sila. simpukan buku sila merupakan simpulan yang penting bagi memudahkan individu tersebut megikat dan ikatan tersebut senang dibuka.

cara mengikat simpulan buku sila.
1)lalukan hujung tali kiri diatas tali kanan dan ke bawah.
2)bawa kedua-dua hujung ke tali ke atas
3) lalukan hjung tali knan ke ats tali kiri dan di bwh
4) trik hjung tali dgn tguh.
5) untuk membuka simpulan buku sila, trik slah satu hujung tali dan satu bahagian pembalut

kami juga belajar cara membalut tangan yang luka menggunakan pembalut tangan.caranya, lipat satu kelepet pada asas pembalut.letakkn tangan pada ats pembalut dan bawa ke titik ke ats pergelangn tangan. kenudian, lalukan kedua hjung pembalut di sekeliling pergelangan tangan. silangkan hujung pembalut dan ikat. tarik titik pembalut untuk mengetatkan lilitan pada pembalutkan dan selitkan.





kami juga belajar cara menggunakan sling penangkat.


ini cara untuk melipat kain pembalut.

kemudain tutup lengan denagn pembalut dan topang lengan ketika bekerja. bawa hujung pembalut ke atas bahu.simpulan diikat pada bahu yang tidak tercedera. teguhkantitik pembalutan dengan satu pin penyemat.





kami juga belajar cara membalut kepala yang cedera.










kami juga belajar mengenai sling.
letakkan pembalut antara lengan dan dada. tarik slah satu hujung pembalut ke blakang atas tengkuk kearah anggota yang terdedera.
bawa bahagian bawah hujung pembalut ke atas lengan mangsa. ikat satu simpulan buku sila dan selitkan hujung pembalut dibawah simpulan.



kami juga belajar cara mengangkat mangsa cedera.